Cara Buat Akaun Paypal dan Verifikasi Paypal



Ok, pertama sekali, benda yang paling penting kalau nak mula buat duit online, korang mesti wajib ada akaun Paypal. Kat sini aku ada copy paste entry terbaik tentang Cara Nak Buat Akaun Paypal thanks to Ziefauzi. Entry ni memang simple, lengkap dan mudah.

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Apa itu PayPal?

PayPal adalah salah satu alat pembayaran menggunakan internet untuk membuat pembelian online atau menerima duit. PayPal banyak digunakan untuk urusan jual-beli dan dijamin selamat. Selamat yang dimaksudkan adalah tanpa perlu mendedahkan nombor kad kredit atau maklumat kewangan kita.

Kelebihan menggunakan PayPal


  • Cepat – pembayaran dibuat serta-merta
  • Privasi – PayPal tidak mendedahkan maklumat kewangan kepada penjual.
  • Global – PayPal diterima hampir kesemua negara di dunia ini, ia juga boleh digunakan untuk membuat bayaran pada peringkat tempatan ataupun antarabangsa.
  • Mudah – Menghantar wang / Membuat pembayaran dengan hanya berberapa klik sahaja.
  • Dipercayai – Mengetuai dalam industi membasmi penipuan kad kredit dalam menjaga keselamatan data pelanggan.
  • Keberkesanan – Ianya adalah percuma untuk menghantar wang, dan PayPal sesuai digunakan untuk pelbagai jenis perniagaan.


CARA DAFTAR PAYPAL


Pastikan anda ada debit kad Maybank yang sah (kad ATM yang ada gambar cherry) dan boleh check secara online. Kalau tak daftar online tu, rasanya susah sikit la nak buat. Untuk debit kad bank yang lain, anda perlu pastikan cara setting dengan bank masing-masing. Sebab lain bank, lain cara settingnya.

1. Pergi ke Paypal dan  [Sign Up].



2. Bila dah klik sign up, akan keluar gambar seperti dibawah. Jangan lupa pilih negara dan klik ‘get started’ kat bahagian ‘premier’.



3. Lepas tu, isi la form yang keluar dengan maklumat yang betul yer. Untuk bahagian nama, Jika nama anda ada 3 suku kata, contoh : Nur Alya Adriana, isi macam biasa.. Tapi jika nama anda cuma 2 suku kata, contoh: Nur Alya, isikan ‘first name’ dengan Nur dan ‘last name’ dengan Alya. Biarkan middle name kosong.



4. Bila dah isi form, klik ‘agreed and get started’. Bila sampai tahap ni, akan keluar gambar seperti di bawah.



5. Apa yang perlu anda buat, hold dulu. Kemudian anda log in Maybank2u guna tab yang baru yer dan secara auto, akan keluar gambar seperti di bawah. Lepas tu jangan segan silu untuk kik ‘Maybankard Secure Online Shopping Registration’ di bahagian yang den bulatkan tu yer.



6. Isi la apa-apa yang patut kat kat form bawah ni. Lepas tu klik save. Dan kembali pada laman paypal tadi.. Untuk halaman paypal yang hold tadi, boleh la di isi kad number yang ada di bahagian depan kad ATM, expired date dan CSC. Apa itu CSC, nanti klik sendiri kat ‘what’s this?’. Settle semua, klik continue.



7. Lupa pulak nak bagitau, pada tahap ni PayPal akan potong RM10 dari akaun Maybank untuk pastikan no kad yang dimasukkan tadi adalah milik sendiri dan bukan orang lain. Tapi jangan risau, selepas debit kad confirm, PayPal akan kembalikan RM10 tersebut ke dalam akaun PayPal. So, Jangan lupa pastikan dalam akaun Maybank korang ada sekurang-kurangnya RM10.

8. Biasanya, untuk confirmkan debit kad tersebut akan mengambil masa 2 ke 30 hari. Ikut statement bank. Kalau maybank 2 hari jer dan boleh check terus secara online tanpa perlu tunggu statement sampai rumah.

9. Cara nak confirmkan debit kad, log in akaun PayPal kemudian klik ‘confirm debit card’ dan masukkan 4 angka rahsia. Dari mana nak dapatkan 4 angka rahsia tu?? Ok, 4 angka tu boleh dapatkan di statement maybank.

10. kena log in dulu maybank2u. Lepas tu, klik ‘accounts and banking’ kat tab menu. Dan seterusnya klik ‘wadiah saving account’. Kemudian akan keluar gambar kat macam kat bawah ni.



11. Sila la klik ‘debit card history’, macam den tunjuk kat atas tu. Akhir sekali akan keluar statement. So, kat mana nak ambil 4 angka tu?? Ambil selepas perkataan ‘SALE PP XXXX‘. Kemudian masukkan angka tu kat bahagian kotak untuk confirm debit kad di akaun paypal yang kita buka tadi, terus save dan boleh shopping guna akaun paypal.

Apa2 pun, sentiasa check email anda yer… Sebab PayPal akan hantar email samada langkah2 yang anda buat tu berjaya atau tidak…

KESIMPULAN

Ok, aku harap korang berjaya daftar akaun Paypal ni. Mudah je sebenarnya nak buat akaun Paypal ni kalau korang ikut step dia betul-betul. Goodluck. =D


Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.





Share your views...

3 Respones to "Cara Buat Akaun Paypal dan Verifikasi Paypal"

Anonymous said...

Salam, saya tak jumpa la ruangan "Maybankard Secure Online Shopping Registration", mungkin maybank dah upgrade system kot, abg tau nak cari kat bhgn mane?


September 8, 2013 at 11:48 PM
deeya_wanie said...

untuk gunakan dalam online shopping nanti, apa yg perlu kita paparkan kepada mereka? akaun paypal? atau ada code sahaja?


September 23, 2013 at 12:36 PM
Unknown said...

Selain kad maybnk .mcm anew


April 11, 2014 at 3:17 PM

Post a Comment

 

© 2010 My PTC Site Lists All Rights Reserved Thesis WordPress Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors.info